Apakah beza HAT dan HCT?
Halal Awareness Training (HAT) ialah latihan asas 4 jam secara online untuk semua staf. Halal Competency Training (HCT) ialah latihan 8 jam secara bersemuka yang lebih mendalam untuk ahli Jawatankuasa Halal Dalaman (JHD/IHC) dan eksekutif halal.
Bagaimana kelas online HAT dijalankan?
Kelas HAT dijalankan secara langsung melalui Google Meet. Pautan kelas dihantar kepada peserta yang telah berjaya membuat bayaran.
Adakah saya akan menerima sijil?
Ya. Peserta yang hadir sepenuhnya akan menerima sijil digital (PDF). Butiran sijil dimaklumkan kepada peserta berdaftar.
Bagaimana cara bayaran?
Bayaran dibuat secara dalam talian melalui FPX (perbankan internet) menggunakan toyyibPay terus dari borang pendaftaran.
Boleh syarikat tuntut HRD Corp?
Ya, untuk latihan HRD Corp. HAT in-house (8 jam, bersemuka) RM5,000 satu sesi untuk 5 hingga 35 peserta, dan HCT pada kadar HRD Corp RM700 seorang. Hubungi kami untuk sebut harga.
Kenapa perlu daftar sekarang?
Sesi online terakhir 2026. Tempat setiap sesi adalah terhad.